Usim Today Online

BITTAUFIQ WANNAJAH..

In Uncategorized on April 15, 2009 at 7:49 pm

BERSEMPENA DENGAN PEPERIKSAAN SEMESTER YANG BARU SAHAJA BERMULA PADA 13 MEI 2009, USIMTODAY MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN UNTUK SEMUA CALON DAN SEMOGA BERJAYA!

Tabung Haji Platform Terbaru Pelajar USIM

In Berita Setempat on April 15, 2009 at 6:58 pm

Oleh: Roslailatu Zuraida, Siti Nurbaya & Haziratul Qiffiah

KELANA JAYA – Dalam usaha memahami dengan lebih terperinci berkaitan pengurusan haji dan umrah, 30 pelajar Fakulti Ekonomi dan Muamalat mengadakan lawatan akademik ke Pusat Tabung Haji di Kelana Jaya.

Menurut pengarah program, Muhamad Safuan Rahmad, 21, lawatan yang diadakan diharap dapat membantu mereka mengenali dengan lebih dekat institusi kewangan ini.

“Kami cuba untuk lebih memahami apakah misi dan matlamat institusi tersebut dan mengapa ia hanya dikhususkan untuk orang Islam sahaja. Antara lain ialah bagi mempromosikan USIM kepada masyarakat umum sebagai Institusi Pengajian Tinggi Awam IPTA yang sedang meningkat maju,” katanya.

Sementara itu Mohd Hafizul Faiz Yahaya, 21, berkata, lawatan diharap dapat memberi kesan positif kepada mereka apabila tiba masanya untuk mengerjakan haji dan umrah kelak.

Tambahnya lagi, kategori yang mengerjakan haji dan umrah pada usia muda agak sedikit berbanding dengan usia tua walaupun kudratnya lebih digalakkan pada usia yang muda.

“Ini kerana dana yang ingin dikumpulkan tidak mencukupi, perbankan yang dianjurkan ini adalah baik bagi membantu mereka-mereka yang ingin mengerjakan haji dan umrah tanpa membebankan diawal penabungan. Selain daripada itu, ia juga boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian,” ulasnya lanjut.

Tabung Haji merupakan satu perbankan yang mengamalkan sistem kewangan haji dan umrah dimana sistem ini berlandaskan sistem kewangan dan simpanan secara islam. Dengan khidmat kakitangan yang professional dan mesra pelanggan, kemudahan yang selesa dan berkualiti serta harga yang berpatutan menjadikan Tabung Haji sebagai pilihan utama.

Menurut penyelia operasi tabung haji, Mohamad Zamri Kamarol Zaman, tabung haji juga merupakan satu perbankan yang mempunyai aset yang besar.

“Kami akan membina penempatan di Mekah bagi memuatkan para jemaah haji di sana. Kami juga melakukan pelaburan jangka panjang seperti pelaburan dalam bidang hartanah, pertanian, dan menghasilkan produk-produk halal untuk kegunaan masyarakat Islam,” ulasnya lagi.

USIM Produk Masyarakat

In Berita Kampus on April 15, 2009 at 6:55 pm

Oleh Mohd Nor Ikbal Anuar

NILAI – USIM boleh diibaratkan sebagai sebuah “kilang” yang mengeluarkan mahasiswa berkualiti dan diperlukan masyarakat masa kini. Demikiankanlah kata-kata Menteri Besar Negeri Sembilan Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan kepada pelajar di Malam Perdana Siswa (MPS) Kolej Kediaman Sutera Indah (KKSI) Dan Kolej Kediaman Camellia Court (KKCC) 09.

Dalam ucapannya, beliau memuji USIM kerana walaupun di usia muda tetapi telah mengorak langkah setanding dengan Universiti lain.

“USIM sekarang tidak mengeluarkan jumlah pelajar yang begitu ramai seperti universiti lain , tetapi jumlah yang ada amat diperlukan oleh masyarakat dalam dan luar negara,” katanya.

Katanya lagi USIM amat diperlukan masyarakat pada masa akan datang dan beliau memastikan impian USIM akan tercapai.

“USIM akan tumbuh sebagai pohon rendang yang mana masyarakat akan mengambil manfaat darinya,”ulasnya.

dsc03610e

Sementara itu, Naib canselor USIM Prof. Dato’ Dr Abdul Shukor Hj. Husin dalam ucapannya berkata USIM sedang mengorak langkah fasa ketiga dalam penubuhannya

“Fasa pertama adalah asas tapak, fasa kedua menentukan ceruk pembangunan akademik dan sekarang masuk fasa ketiga pada pengurusan iaitu pelan strategi bukan melihat kejayaan asas program tetapi berusaha mengupayakan pelajar, pensyarah dan kakitangan universiti berdasarkan keupayaan yang terbaik,” katanya.

Katanya lagi bagi meningkatkan keupayaan akademik , 2012 akan menyaksikan seramai 60 peratus tenaga pensyarah berkelulusan PhD.

Menurut Pengetua KKSI, Agoos Munalis Tahir, penganjuran MPS adalah untuk memberi penghargaan kepada pelajar cemerlang dalam bidang akademik, sukan dan kesenian.

“Program ini dijadikan wadah kepada mahasiswa yang berjasa kepada kolej kediaman dan menjadi contoh kepada pelajar-pelajar yang lain,” katanya.

Katanya lagi tema yang dipilih adalah ‘kembali kepada fitrah’ iaitu manifestasi kepada hidup sebagai manusia.

Makan Malam Perdana

Makan Malam Perdana

MPS 2009 adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh jawatankuasa siswa/siswi kolej kediaman (JAKSA).

Ia juga bertujuan menghimpunkan seluruh penghuni kolej kediaman bagi mengeratkan ukhwah di antara penghuni, pihak pengurusan kolej dan kakitangan tertinggi universiti.

Majlis diadakan di Putra International Convention Center (PICC).